|
|
 |
 |
Aug 27, 2010
Yang Lebih Cinta Daripada Cinta!
Telah ku katakan sebelumnya, dipercayai
lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap
diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang
bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.
Teringat kembali detik mengetahui cinta
kita telah diterima oleh si dia… Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini
seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita
meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama
daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.
Musim berlalu. Alam rumah tangga yang
kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit
manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita
panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin
tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat
ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan
pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam,
busuk akan terserlah…
Cinta semata-mata tidak akan mampu
mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh
cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang
bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan
berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah
hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin
selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.
Akan tiba masanya, sesuatu yang kita
lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung
kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta
memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan.
Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan
datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.
Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil,
muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana
menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh
dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu
termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau
keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang
bertali arus… Bagaimana? Masih berserikah wajah sidia seperti yang kita
lihat pada malam pertama?
Atau lebih menguji lagi apabila umur
perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat
itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam
penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang
menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia?
Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala
ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih “ekstrem” lagi terpaksa
menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta
menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?
Cinta memang hebat, tetapi ia tidak
dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang
ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima.
Lafaz, “aku terima nikah,” oleh kita sebagai suami musim lalu bukan
bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung
jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan
segalanya…
Pun begitu bagi si isteri… penerimaan mu
sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk
memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga
mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan
tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk
selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi
sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir
rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh
lagi!
Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian
dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain
“virus” perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal
nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan.
“Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?”
“Tergodakah dia bila di belakangku?”
Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada
percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan
menyebabkan hilang bahagia.
Pernah anda lihat si suami yang
“diganggu” panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit
sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga.
Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan
suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak
akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana
kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di
sini, di hati ku!
Ada si suami yang curi-curi memeriksa
“inbox” dan “sent” telefon bimbit isteri kalau-kalau ada SMS yang
mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami
takut-takut ada “kesan-kesan” tinggalan perempuan lain. Pernah saya
dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil,
dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum
pulang ke rumah takut “disoal siasat” oleh isterinya?
“Ini bil makan, abang makan dengan siapa?”
“Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?”
“Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?”
Itulah soalan-soalan isteri yang
menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh
temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh
dijadikan modal “perang besar”. Kalau si suami disyaki ada di tempat
yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap
sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan “alibi”!
Itulah gara-gara sama ada isteri tidak
mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya
sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi
kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu
mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan
yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.
Tidak percayakan seseorang disebabkan
dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana
kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang
pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih
mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan)
adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali
kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat
adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau
kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus
menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah
tangga adalah “on going” (berterusan) sifatnya.
Kenal itu sangat berkait dengan rasa
cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas
perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan
keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi
juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita
cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita
sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.
Kita akan terus mempercayainya walau apa
pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu
dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad
meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan.
Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah
oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta
untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.
Jika anda bertanya bagaimana memupuk
kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang
asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis
percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan
Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan
saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada
Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.
Sebab itulah kepercayaan juga disebut
sebagai akidah – ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala
kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan
kita mempercayai kita.
“Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama.”
“Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu…”
Bila hancur sebuah cinta bererti
hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah
iman. Wahai suami, wahai isteri… sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen
cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki
dengan wanita), burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai…
itulah dipercayai!
Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar ”Al Amin” (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah? Penghargaan buat Ustaz Pahrol dengan artikel dalam blog, diadaptasi dalam blog ini.
Posted at 09:02 am by putrisha
Cinta Melahirkan Kata-kata / Kata-kata melahirkan Cinta?
Terdetik di hati dengan pertanyaan ini, "Adakah cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta di hati?"
Kedua-dua situasi ini boleh berlaku. Taatkala tercetus gerakan batin, bibir mula ingin meluahkan apa yang berlaku di dalam hati. Kadangkala hati terhenti meneruskan usaha, gara-gara rasional minda menghalang. Andainya itulah cetusan di hati maka luahkan pada si dia. Semoga apa yang diharapkan diizinkanNya. Sesungguhnya
setiap detik yang dianugerahkan olehNya tidak patut dibiarkan berlalu
begitu sahaja kerna masa adalah anugerah tidak ternilai. Gunakanlah masa
yang diberikan sebaiknya. Pabila
cinta telah bermula dan kemudiannya ia perlu diperbaharui semula, maka kata-katalah
yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta.
Mengikut ilmu pengurusan komunikasi, "hukum 24 jam" perlu dipraktikkan. Komunikasi yang berterusan perlu ada insiatif daripada salah seorang yang proaktif. Tidak perlulah malu dalam menjaga hubungan kita dengan insan tersayang. Perkongsian kemesraan akan membuahkan kebahagiaan yang didambakan dalam setiap hubungan. Dalam Islam, siapa yang memulakan langkah untuk memberi suatu kebaikan sesungguhnya mendapat ganjaran yang lebih besar daripada pihak yang menerimanya. Kadangkala terfikir bagaimanakah ingin memulakan bicara :
- Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.
- Menerima dan berkongsi hobi.
- Ulas apa yang didengar, lihat atau baca dengan insan tersayang buatkan kaitan dengan situasi semasa dalam hubungan.
- Lakukan kejutan pada si dia.
- Selalu memaafkan selagi tidak melanggar syariat dan berikan kepercayaan pada si dia tanpa prasangka dan curiga
- Tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan seperti solat, munajat dan taubat.
Mengikut rancangan TV bersama Dato' Fadzilah Kamsiah pagi tadi, untuk menilai suatu hubungan kian hambar apabila mula hilangnya kepercayaan di antara satu sama lain. Sentiasa berfikiran positif, kenali dia, pahami dia dan lakukan yang terbaik buat diri sendiri serta insan tersayang.
Pelbagai plot ceriteria wujud dalam perjalanan kehidupan. Bagi segala yang pahit, kita jadikan pengajaran untuk mendidik manakala yang indah dan manis, kita syukuri dan abadikan dalam layaran ingatan. Sesungguhnya pabila terpancar mainan kenangan di kala berseorangan, itulah tayangan yang mampu buatkan senyuman dari hati terukir tanpa disedari. Semoga cinta yang kita alami mampu dipertahankan selama diizinNya.
Posted at 07:49 am by putrisha
Permalink
Jun 6, 2010
Menghargai anugerah dipinjamkanNya
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat atau dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati. Cetusan kasih itu bukan hadir dengan paksaan namun ia wujud dari hati olehNya. Ada yang mempersoalkan apakah ianya takdir atau pilihan? Allah Maha Berkuasa, kadangkala tindakanNya diluar jangkaan dan pemikiran manusia. Pernahkah dikau menghayati pengalaman ini? 'Seseorang yang bersamamu meluangkan masa, tanpa berkata-kata dan kamu berdua berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat pernah dialami'. atau 'Pabila kamu terlintas memikirkannya, dia juga memikirkan tentang dirimu.' atau 'Pabila kamu memanggilnya dari hati tanpa bersuara dari kejauhan, dia seolah terdengar panggilanmu dan memandangmu dengan senyuman menantikan apa yang ingin dikau perkatakan.' Kasih yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Imbasan itu membuatkan daku tersenyum pabila layaran ingatan memancarkan kenangan terindah. Tiada siapa yang mampu memenuhi segala harapan diri selagi ketenangan dikecapi. Pasrah kupadaNya dengan setitis kasih yang dititipkan hingga menjadi hamparan kebahagiaan walaupun ianya sementara. Biarlah penghujung hamparan kebahagiaan yang tercipta diterokai oleh waktu. Memang benar yang kita tidak akan tahu atau rindui, apa yang kita punyai sehingga kita kehilangannya. Penghargaan teragung kusembahkan buatNya yang memberikan peluang bagiku menikmati dan menghayati anugerah perkara yang terindah pernah kualami sepanjang kehidupanku. Kini aku semakin tabah dan tegar melalui setiap detik dalam kehidupan dengan mencipta kegembiraan diri kerna anugerah yang dipinjamkan telah diambil kembali. Ada kata pepatah menyatakan bahawa :
'Untuk mendapatkan sesuatu yang belum pernah dimiliki, kamu perlu melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan lagi.
Pabila Allah mengambil balik anugerah yang telah dikurniakannya padamu, Beliau bukannya menghukum dirimu, sebaliknya membuka peluang buatmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik.
Tindakan Allah tidak akan membawa dirimu di mana belas ihsan dan kasihNya tidak melindungimu'...
Posted at 05:08 pm by putrisha
Permalink
Nov 22, 2009
Tiada 'mood' adalah perkara biasa yang dihadapi hampir setiap orang, apatah lagi jika terpaksa berdepan dengan individu / persekitaran yang kurang disenangi di tempat keje. Menurut pakar perubatan alternatif Dr Maoshing Ni, banyak langkah yang mudah & murah untuk menceriakan diri + meningkatkan tahap kesihatan : - Ketawa - kajian menunjukkan ketawa boleh menjadi terapi mujarab kepada emosi seseorang. Bila ketawa, otak hasilkan hormon endorfin - buatkan kita rasa tenang & selesa + imun sistem diransang jadi kuat.
- Sentuhan - boleh meransangkan penghasilan hormon endorfin, hormon pertumbuhan & dehidropiandrosteron yg memanjangkan jangka hayat & kurangkan kesan negatif tekanan.
- Senaman - ransang hormon remaja anda, melancarkan aliran darah yg membuatkan anda lebih bertenaga, cergas, menjauhi penyakit dan sihat.
- Amalkan pernafasan dalam & perlahan - Caranya : tarik nafas hingga masuk ke perut (perut anda akan rasa kembung seolah2 berisi udara), tahan seketika & lepaskan perlahan2.
- Aromaterapi - Kajian mendapati apabila kita ransangkan saraf olfaktori dlm hidung,ia mengaktifkan sistem limbik pada otak yg dikaitkan dengan emosi & ingatan. Beli minyak aromaterapi : jasmin /kayu putih - rasa tenang.
- Beli bunga untuk hiasan meja - warna bunga yg menarik < tekanan. Satu kajian mendapati dlm tempoh 5 minit menaip tugasan, individu yg duduk di sebelah bunga merasa lebih tenang berbanding di sebelah jambangan daun sahaja. Jadi hadiahkan diri sendiri jambangan bunga ceria warnanya. Lebih baik yg berbau harum utk pulihkan semangat anda.
- Senyum - sedekahkan senyuman kepada semua orang yang anda temui. Senyuman buatkan orang berasa gembira, malah anda mendapat kesan positif sama.
Diadaptasi daripada akhbar Metro/ Sihat: 22 November 2009
Posted at 05:43 pm by putrisha
Permalink
Tarikh yang menarik untuk diingati. Sekian lama tiada cerita yang menyentuh jiwa. Aku mengorak langkah ke sukan extreme yang belum pernah diceburi. White water rafting.... dulu masa di U. Berakit buatan sendiri... yang paling hebat sertai pon di Sg Nenggiri, Kelantan dengan rakan2 OUTRECS. 08 Ogos 2009 ( white water rafting - Sg Selangor :Gred 4) Gembira ......Terlaksana program yang aku cadangkan pada syarikat. Acara rekreasi yang julung kali diadakan. Pecah rekod sey....Terima kasih pada CEO, pres JSR 09 dan En Bendahari. Mencabar & extreme ........ White water rafting di Sungai Selangor, Kuala Kubu Baru. Pergh .... challenging & trilling sebab Sg Selangor merupakan sungai gred 4 (standard sukan olimpic) jeramnya! Tak sangke boleh lepas semua jeram2 tanpa tercampak keluar dari tube raft. Chaiyok2 raft team mate. Ramai gak opis mate yang 1st timer join aktiviti ni. Sedar2 dah 7km berakit. Alhamdulillah sumer selamat sampai ke post akhir. Walaupun ade yang tercampak keluar dari raft, insan2 malang tersebut diselamatkan oleh guide / ahli2 kumpulan raft lain. Bila tanya feedback peserta2 WWR, semuanya teruja + nak pohon untuk buat next trip ke Sg Singor, Grik, Perak. (gred 5: lagi mencabar & ade 40 jeram ) Fuiyoo2. Tak sabar2 nak tengok gambar2 meredahi jeram2 tu. Tenang ...... Menikmati keindahan alam sekitar & betapa hebatnya ciptaan Ilahi terutama masa floating sepanjang 2 km akhir perjalanan. Aktiviti anti - stress yang sungguh menarik dengan membiarkan diri dihanyutkan oleh arus sg yang deras bersama sahabat2.
09 Ogos 2009 ( trekking to Chilling Waterfall) Teruja ..... Jauh jugak nak pegi ke Waterfall ni sebab terpaksa merentasi 6 lintasan sungai & trek hutan sebelum sampai ke air terjun yang sungguh memukau. Menarik ...... Tak sangka air terjun yang hebat cenggitu pon ade banyak ikan kelah. Besar2 jugak saiz ikan tu. Cubaan untuk menangkap ikan2 tu tak berjaya. Cuma dapat menyentuh badan ikan2.
Sesungguhnya aktiviti ini merupakan paling menarik & adventure pada tahun ini. Terpatri memoir indah bersama yang kini menjadi tayangan filem di layaran ingatan.... Apa aktiviti yang seterusnya ???
Posted at 05:33 pm by putrisha
Permalink
Nov 5, 2008
Happiness is a state of being. A person can be in the middle of a slum and still feel happy while another can be sitting in a dream car and still be unhappy. Happiness is what is happening now and not later.
Happiness is experiences in life and smiles that we share and not in the pursuit of material goods that aren't permanent. If a person wishes to pursue happiness then this person need to prioritize and focus more on self-awareness and deepen his/her interpersonal relationships. It requires discipline, respect, taking responsibilities and being open to life's challenges with no expectations.
Pursuing happiness is a psychological exercise and that happiness is a result of discipline. We all know that if you are 20 years old then so is your habit and working hard with discipline for the next 20 years will most certainly bring about that change towards being happy, as long as you're determined to do so. Most people who embark on this journey are able to achieve amazing results in less than half time required.
Quoting an article, "The art of happiness' (May 7, 2004), "It's like going to the gym for a week and thinking that you'll be fit. The same with psychological exercise. You've got to do it day after day. Happiness is a result of discipline. That's where a lot of people fall down - partly coming back to this assumption that happiness should be anatural thing. People say, 'But if I've got to work at it, is it going to be as good?' The answer is yes." So if you're ready to work for it, then chances are, it will work for you.
The research done by Martin Seligman has been done under the assumption that happiness is someone who has positive emotions and feels pleasure and who are engaging with others in meaningful life activities. To be able to do this one needs to focus on the positive aspect of life.
Practice optimistic thinking- think positive. Control what you can control, and accept what you can't. Learn to manage your negative emotions. Being able to do so means you have to acknowledge them in the first place. Happiness can't be bought. It can only be experienced and shared. We can attract happiness if we can see the positive in any life experiences. Of course, all these don't come easy.
From Health & Beauty Mag 2008
Posted at 07:04 am by putrisha
Permalink
Oct 10, 2008
Sekiranya kita cinta kepada manusia, Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, Nescaya cinta Allah tiada penguhujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Indahnya sajak yang dicoretkan oleh AMINAH QUTB
Ya Allah, andainya Dia jodoh yg ditetapkanMu kepadaku,
Maka campakkanlah hatiku cinta kepadanya kerana-Mu,
Campakkanlah dalam hatinya cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh ditetapkanMu padaku,
Berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.
¨Ya Allah,Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu. ¨
¨Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. ¨
¨Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu. ¨
¨Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. ¨
¨Ya Allah,jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu. ¨
¨Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu. ¨
"Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru kemanusia pada-Mu. ¨
¨Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. ¨
Alangkah indah kecintaan pada Illahi diekpresi dalam sajak vs doa nih...
Posted at 09:34 am by putrisha
Permalink
Impart ‘Active’ into your life
Stop giving excuses to yourself. Its time to give your life a lift by making room for some physical activities! There are 1440 minutes in every day, schedule 30 of them for some form of sports or activities.
30 minutes take up only 2% of your day!
For many folks, before or after work or meals is often an available time to cycle, walk or play. Think about your weekly/daily schedule and look for or make opportunities to be more active. Every little bit helps. Consider the following suggestions:
For the workhaholics
Walk, cycle or jog to work, school/ the store
Park the car farther away from your destination
Get on or off the bus several blocks away.
Take the stairs instead of the elevator/escalator.
It really help pump up your heart!
Take fitness break –walking or doing desk exercises instead of taking cigarette/coffee breaks.
Keep a pair of comfortable walking /running shoes in your car & office. You’ll be ready for activity wherever you go!
For the family man/woman
* Play with your children or pets.
Everybody wins. If you find it too difficult to be active after work, try it before work
* Perform gardening /home repair activities.
* Avoid labor-saving devices.
* Use your legs –take small trips on foot to get your body moving.
* Exercise while watching TV (use hand weights, stationary bicycle/treadmill/stair-climber/ do some stretches)
* Dance to music. Dance with your children & your pets.
* Make a Saturday morning walk a group habit.
* Walk while doing errands.
For people who have been inactive for awhile, you may want to start out slowly with some of these recommendations:
1) Begin by choosing moderate-intensity activities you enjoy the most. When you enjoy what you do, you’ll be more likely to stick with them.
2) Gradually build up the time spent doing the activity by adding a few minutes every few days/so until you can comfortably perform a minimum recommended amount of activity (30 minutes per day)
3) As minimum amount becomes easier, gradually increase either the length of time performing an activity/ increase the intensity of the activity, or both.
4) Vary your activities, both for interest and broaden the range of benefits.
5) Explore new physical activities.
6) Reward & acknowledge your effort
Adapted from: Health & Beauty Magazines
Posted at 08:27 am by putrisha
Permalink
Jul 10, 2008
Terpanggil daku untuk menjengkuk artikel ini dan mengabadikan dalam blogku. Sekurang-kurangnya dapat memuhasabah diri dan meningkatkan kefahaman peranan yang ditugaskan di muka bumi ini merangkumi duniawi dan akhirat. Semoga aktiviti –aktiviti yang dilakukan masih dalam garis panduan Islamiah.
Jika kita membaca Al-Qur’an, maka dapat kita ketahui bahawa penciptaan Nabi Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup beliau.
Nabi saw. telah bersabda:
”Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, ‘Aku ikut saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun jadi jahat.’ Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahawa jika orang-orang melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan.”
Peranan Wanita Dalam Keluarganya
Di dalam Al-Qur’an telah ditetapkan, semua penetapan dan perintah ditujukan kepada kedua pihak, laki-laki dan wanita, kecuali yang khusus bagi salah satu dari keduanya. Maka, kewajipan bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah menjalankan apa yang diwajibkan baginya.
Jika dia sebagai anak, kemudian kedua orangtuanya atau salah satunya menyimpang dari batas yang telah ditentukan oleh agama, maka dengan cara yang sopan dan bijaksana, dia harus mengajak kedua orangtuanya kembali ke jalan yang baik, yang telah menjadi tujuan agama, disamping tetap menghormati kedua orangtua.
Wajib bagi setiap wanita (para isteri), iaitu membantu suaminya dalam menjalankan perintah agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri yang dimilikinya dengan penuh kesabaran, dan sebagainya.
Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni dengan menjauhi larangan-Nya dan menjalankan perintah-Nya, serta taat kepada kedua orangtuanya.
Kewajipan bagi setiap wanita terhadap kawan-kawannya yang seagama, iaitu menganjurkan untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam; menjauhi faham-faham yang bersifat merosak dan menghancurkan sendi-sendi Islam dan akhlak yang luhur, yang diterimanya melalui buku, majalah, filem, dan sebagainya.
Dengan adanya tindakan-tindakan di luar Islam, yang ditimbulkan oleh sebahagian kaum Muslimin terhadap wanita yang kurang bijaksana dan insaf, maka hal inilah yang menyebabkan terpengaruhnya mereka pada peradaban Barat dan fahaman-fahamannya.
Harus diakui, bahawa hak-hak wanita di sebahagian masyarakat Islam belum diberikan secara penuh.
Harus diketahui pula, bahawa suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a. kepada Rasulullah saw.:
“Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahim, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang tidak punyai, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita.”
Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa, lalu Rasulullah saw. berkata kepada mereka, “Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti akan bertemu di syurga.” Artikel ini diekstrak daripada artikel ditulis oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.
Posted at 01:32 pm by putrisha
Diamku …..
Tidak bisa mencairkan pertanyaan yang berbuku di sanubari,
Menjadi kumpulan bebatu tasik di kolam rasa,
Semakin lama diam ku tak mampu dipertahankan lagi,
Taatkala pelbagai warna warni kehidupan tercipta.
Dengan rimbunan pepohon kasih yang redup,
Disebalik hembusan sang bayu yang membelai,
Menerobos hingga ke kalbu.
Biar pun sinaran mentari hangat terasa,
Ianya menyegarkan segala kehidupan yang tercipta,
Rimbunan dedaunan yang luruh,
Terukir kata-kata sayang yang ditaburkan ,
Tanpa dipinta sebalik kegirangan fuad.
Aku hanya dapat merasakan ,
Tanpa mampu berkata walau sepatah,
Bicara yang diuntaikan menyegarkan rerumput gembira
Yang tumbuh melata,
Suara yang menyemarakkan impian ,
Setiap kezulmatan waktu tiba.
Taatkala menghitung lamunan pada lelangit kamar,
Terpancar sinaran pelangi yang datang dalam gelita,
Terasa malam terlalu singkat Untuk dinikmati …..
Syukur pada Ilahi kehadiran anugerah rasa,
Untuk dinikmati dan dihayati dengan sepenuh jiwa,
Sesungguhnya segala anugerah yang dikurniakan cuma sementara,
Hanya doa dan tawakalku padaNya bisa kuserahkan…
Ingin sekali kudekatiNya persembahkan rayuanku,
Agar anugerahNya mampu dirasai
Hingga ke akhir hayatku dengan izinNya.
Posted at 11:41 am by putrisha
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|